Isnin, 2 Julai 2012

Tinta Pengarang

        Assalammualaikum, dan Salam 1 Malaysia. Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah sudi melayari blog ini. Kewujudan blog ini bertujuan untuk memberikan satu tranformasi pendidikan kepada anak-anak didik kita yang sekarang ini menjadikan IT sebagai rakan atau teman karib seharian. Kita dapat lihat anak-anak muda sudah tahu berkomputer berbanding dengan zaman kita yang menjadikan teknologi maklumat sebagai satu bebanan untuk dipelajari.
         Saya amat mengharapkan blog ini dapat memberi sedikit sebanyak manfaat serta dapat membantu anak didik kita yang sering dahagakan ilmu. Anda boleh mememuat turun segala maklumat yang anda perlukan tanpa dikenakan caj bayaran. Sebarang kekurangan dalam blog ini, saya memohon maaf dan akan diperbaiki dari masa ke semasa.


terima kasih,

Cikgu Sham