LATIHAN KERJA RUMAH TAHUN 4

19 /07/2012
Petikan 1
Baca dan fahami petikan di bawah. 

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis,Yang Berusaha Encik Abdul Hamid bin
Kamaruddin , Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Intan, barisan hakim yang adil,
guru-guru dan rakan pelajar yang dihormati.
   Pada hari yang mulia ini, izinkan saya menyampaikan satu syarahan yang
bertajuk “Ke Arah Mewujudkan Masyarakat Penyayang”.
Hadirin yang dihormati,
   Salah satu matlamat wawasan negara yang ingin dicapai oleh pemimpin
kita ialah melahirkan masyarakat penyayang. Kelahiran dan kewujudan
masyarakat penyayang dapat membentuk dan membina negara maju dalam
semua bidang, iaitu ekonomi, politik dan sosial.
   Langkah pertama untuk mewujudkan masyarakat penyayang ialah
mewujudkan perasaan muhibah antara kaum dan menghapuskan sifat perkauman.
Penubuhan Rukun Tetangga merupakan satu cara perasaan muhibah dapat
disuburkan dalam diri masyarakat Malaysia yang memaparkan kebudayaan dan
adat resam semua kaum.
   Sambutan Hari Keluarga yang sering dianjurkan oleh kerajaan atau badanbadan
swasta merupakan satu langkah ke arah mewujudkan masyarakat
penyayang. Sambutan yang diadakan ini dapat mengeratkan siratulrahim dan
kemesraan dalam sesebuah institusi keluarga.
   Selain itu, sekolah juga dapat memainkan peranan ke arah mewujudkan
masyarakat penyayang. Aktiviti yang dijalankan adalah melalui aktiviti kokurikulum
seperti persatuan, pakaian beruniform dan permainan. Melalui aktiviti inilah
semangat perpaduan, semangat muhibah dan bersatu padu antara pelajar
berbilang kaum dapat disemaikan.
  Tegasnya, masyarakat penyayang penting demi perpaduan dan
keharmonian dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.
Sekian, terima kasih.

Jawab soalan di bawah.

1. Apakah salah satu daripada matlamat Wawasan 2020?
   A Masyarakat penyayang
   B Masyarakat penyabar
   C Masyarakat harmoni
   D Masyarakat prihatin

2. Mengapakah masyarakat penyayang perlu diwujudkan?
    A Dapat kejayaan yang cemerlang
    B Dapat hidup dalam suasana harmoni
    C Dapat membina negara yang aman dan damai
    D Dapat membentuk dan membina negara yang maju dalam
        semua bidang

3. Apakah langkah-langkah mewujudkan masyarakat penyayang?
   A Menimbulkan semangat perkauman
   B Dengan semangat muhibah yang jitu
   C Tanamkan semangat muhibah dan hapuskan sikap perkauman
   D Kehidupan yang mesra seluruh masyarakat di tempat tinggal

4. Berdasarkan petikan, semua yang berikut adalah benar kecuali...
   A kelahiran dan kewujudkan masyarakat penyayang adalah penting
   B kewujudan masyarakat penyayang menimbulkan banyak masalah
   C aktiviti kokurikulum dapat mewujudkan masyarakat penyayang
   D Hari Keluarga dianjurkan oleh kerajaan atau badan swasta

5. Perkataan perpaduan sesuai digantikan dengan maksud
   A bersatu padu
   B hubungan baik
   C bersama-sama
   D turut serta

Petikan 2
Arahan : Baca catatan harian di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

20 Februari 2012
Petang - Dari Alor Star, kami tiba di Jeti Kuah, Pulau Langkawi. Kedatangan kami
disambut oleh ahli-ahli Rakan Muda dari Kuah yang juga selaku tuan rumah. Dari jeti itu kami dibawa ke Kompleks Belia Kuah dengan menaiki lori Majlis Daerah Langkawi. Kami bermalam di situ. Malam itu kami berpeluang melihat pertandingan akhir tomoi anjuran kerajaan negeri Kedah.


21 Februari 2012
Pagi - Kami dikehendaki berada di Hotel Tiara pada pukul 10.00 pagi. Majlis perasmian
dan sambutan untuk peserta pertandingan kayak diadakan di hotel itu. Dari situ kami ke pantai Batu Hitam untuk memulakan pusingan pertama menuju ke Pulau Batu Buruk. Pasukan kami akan berentap dengan pasukan dari negeri Selangor, Perak dan Negeri Sembilan. Pelayaran ke pulau itu jauh dan membosankan. Tambahan pula, ombak sangat kuat. Di tengah perjalanan,kayak kami tersangkut pada batu karang. Nasib baik kayak itu tidak pecah. Kami terpaksa mengusung kayak itu sehingga melewati kawasan batu karang itu setelah sepuluh kilometer berkayak. Selepas peristiwa itu, kami berasa amat penat dan bercadang hendak berlabuh untuk berehat di atas beting pasir. Hasrat itu terpaksa kami lupakan sahaja kerana kami gagal menemui beting pasir.
Petang - Pukul 5.00 petang kami pun tiba di Pulau Batu Buruk. Pasukan dari negerinegeri
lain telah lama tiba. Nampaknya peluang untuk muncul sebagai juara semakin tipis.
Meskipun begitu, kami berharap dapat mendahului mereka dalam pusingan kedua nanti. Kami bermalam di pulau itu.


23 Februari 2008
Pagi - Selepas sarapan, semua pasukan memulakan pelayaran. Kami berkayuh dengan
tenang, tidak seperti hari sebelumnya kerana takut kehabisan tenaga di tengah pelayaran
nanti. Petang - Setelah lima jam berkayuh, kami pun tiba di pantai Batu Hitam. Pasukan pasukan dari negeri lain masih di belakang kecuali pasukan dari negeri Perak. Pasukan dari negeri Perak ini bersaing rapat dengan pasukan kami yang muncul sebagai juara. Sementara pasukan kayak dari Negeri Sembilan di tempat ketiga.

1 Tomoi ialah........
   A nama sejenis seni pertahanan diri
   B nama sejenis silat yang berasal dari Kedah
   C nama sejenis tinju yang berasal dari Thailand
   D nama sejenis permainan yang popular di Kedah

2 Apakah tujuan kami ke Pulau Langkawi?
   A Untuk menyaksikan pertandingan tomoi
   B Untuk melihat upacara perasmian ekspedisi berkayak
   C Untuk menyertai pertandingan berkayak
   D Untuk menyertai pelayaran ke Pulau Batu Buruk

3 Mengapakah penulis dan rakan-rakannya berada di Hotel Tiara?
   A Untuk menghadiri upcara sambutan dan perasmian
   B Untuk mendaftar diri sebagai peserta pertandingan
   C Untuk memulakan pertandingan kayak itu
   D Untuk memulakan pelayaran ke Pulau Batu Buruk

4 Pasukan manakah yang menjadi johan dalam pertandingan kayak itu?
   A Pasukan dari negeri Perak
   B Pasukan dari Negeri Sembilan
   C Pasukan dari negeri Kedah
   D Pasukan dari negeri Selangor
  
5 Maklumat manakah yang tidak benar tentang pertandingan kayak itu?
   A Pertandingan kayak itu dianjurkan oleh Rakan Muda Kuah.
   B Pasukan kayak dari seluruh Semenanjung terlibat dalam
       pertandingan itu.
   C Halangan seperti batu karang terpaksa ditempuhi oleh pasukan dari
       negeri Kedah.
   D Pasukan dari negeri Perak muncul sebagai naib johan dalam
       pertandingan itu.




23/07/2012

Sila fahami iklan di bawah dan jawab soalan berikut.

\

1. Berapakah watak yang terlibat dalam cerita di atas?

2. Di negeri manakah Man berkerja sekarang ?

3. Kenapakah Man tidak mahu tidur di rumah ibunya ?

4. Mengapakah Man tergerak hati untuk pulang ke rumah ?

5. Pada pendapat kamu, apakah nasihat yang kamu harus sampaikan kepada Man akibat daripada
    kelakuannya kepada ibunya.


24/07/2012

Amati video di bawah, kemudian bina sebuah karangan bertajuk Aku sebuah basikal.



 Soalan Tatabahasa

01/08/2012

1. Ahmad _______ pokok bunga itu air basuhan beras.
    a. mencurahi.      
    b. dicurahkan.
    c. mencurahkan.
    d. dicurahi

2.Guru yang_______ Bahasa Malaysia di sekolah saya telah bertukar ke Sabah.
   a. mengajar
   b. mengajarkan
   c.ajarkan
   d. diajarkan.

3.Ubi itu akan_______oleh kakak saya sebentar lagi.
   a.ditanak.
   b.dikukus.
   c.direbus
   d.dijerang.

4.Pelayan kedai makan itu________dulang dengan sebelah tangan sahaja.
   a.mengandas.
   b.menjinjing.
   c.menatang.
   d.membimbit.

5.______ pemandu kenderaan itu telah disaman,_________ dia tetap berdegil dengan meletakkan
   kenderaannya di kawasan tunda itu.
   a. Biarpun,  begitu juga.
   b. Mestipun,  kecuari.
   c. Walaupun,  namum       
   d. Sungguhpun,  maka.

6.Dalam kemalangan itu banyak yang cedera_________ terbunuh.________ pemandu lori itu pula hanya  
   cedera ringan.
  a. lalu,  Biarpun.
  b. dan,    Manakah.          
  c. apabila, Sementara       
  d. maka,      Adapun.

7.Berikan beberapa_________cempedak dan se______ rambutan ini kepadanya.
  a. biji,   buah     
  b. berkas,     butir   
  c. tangkai,        biji.      
  d. ulas,    ikat.

8.Sebelum hujan,beberapa_______bintang kelihatan di langit.
   a.biji  
   b.kelompok     
   c.buah       
   d.gerombolan.

9. Dia membaling anjing itu dengan se______ kayu api.
    a.batang   
    b.papan     
    c.berkas    
    d.laras.

10.________pohon kemboja itu dicantas oleh ayah.
     a. Bebatang
     b. Bebuli    
     c. Reranting    
     d. Kekayu

11.Sarang_______ yang memenuhi ruang rumah itu telah saya bersihkan.
     a. lelapi     
     b. lelabah     
     c. kekabu    
     d. tetupai.

12.Tudung saji digunakan untuk menutup________itu.
      a. sampah-sarap   
      b. semak-samun       
      c. sayur-mayur    
      d. lauk-pauk


07/08/2012

Wah, seronoknya menonton cerita di atas. Sila tuliskan satu karangan Autobiografi bertajuk "Aku Sebuah Kereta".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan